Kehamilan dan muntah-muntah atau mabuk ketika hamil bukanlah sesuatu yang terlalu serius sebab majoriti ibu-ibu yang mengandung pernah mengalaminya. Walaubagaimanapun setiap orang berbeza-beza. Ada yang mengalami mual-mual yang biasa, dan menggelarkannya sebagai ‘morning sickness’ sahaja. Dan ada juga yang teruk sangat-sangat sampai kejadian tu berlaku berbulan-bulan lamanya. Kalau ikut pengalaman saya sendiri, yang mengalami semua itu adalah suami saya.Pelik kan? Tapi tak lah saya tak rasa langsung.Saya da juga rasa kadang-kadang,Alhamdulillah saya boleh kawal.

Yang tak bestnya bila benda ‘morning sickness’ tu selalu jadi sampai susah nak uruskan kerja rumah atau kerja di pejabat. Dsebabkan kes mual-mual ni berbeza untuk setiap orang, jadi tak semua orang boleh faham apa yang kita alami. Ada pula yang cakap “buat-buat terok”… ” alasan tak nak kerja “… Macam-macam lagi lah… Apapun itulah pengorbanan kita sebagai ibu kan..

mabuk hamil

Jadi, harini kami ada sedikit panduan untuk ibu-ibu yang sedang hamil di luar sana yang nak kawal mabuk ketika hamil. Mungkin tips yang ada ini boleh bantu ibu-ibu yang sedang mengandung sekarang untuk kawal mabuk hamil tersebut.

  1. Makan secara sedikit tetapi kerap untuk memastikan perut tidak kosong.
  2. Elakkan pengambilan kafein.
  3. Elakkan makanan yang berbau kuat dan boleh mencetuskan rasa mual.
  4. Gunakan halia dalam minuman atau sekadar mengambil baunya.
  5. Jauhi makanan berminyak, pedas, berasid dan bergoreng.
  6. Makan sekeping atau lebih biskut kering terlebih dahulu sebelum bangun dari tempat tidur.
  7. Perbanyakkan minum air kosong untuk kekal berhidrasi. Elakkan minum dalam kuantitiyang banyak dalam satu masa,
  8. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dan ahli farmasi jika keadaan masih tidak terkawal.

 

SEMOGA BERMANFAAT ♥

error: JANGAN LA MACAM TU...